Kampung Batu Tumboh, Besut, Terengganu

Halaman

  • Utama
  • Jawatankuasa
  • Sukan Rakyat 2012
  • MerdekaRaya 2012
  • TerengganuToday
  • Hari Raya Aidilfitri 2013
  • Maulid 1435H
  • MasjidBT31Jan2014
  • Bubur Asyura
  • Kampung Bersih

16 Mei 2013

Kabinet 2013

Kabinet gabungan
Oleh NORAINI RAZAK, NORLIZA ABDUL RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak menunjukkan fail yang mengandungi senarai Kabinet sambil diperhatikan Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Kabinet 2013 di Putrajaya, semalam. - Utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PUTRAJAYA 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini sebagai Kabinet berimbang menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda. Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu tersebut mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.
"Selain memberi tumpuan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing, isu-isu seperti integriti dan rasuah akan diberi tumpuan oleh Kabinet yang baharu," katanya dalam sidang akhbar khas pengumuman Kabinet baharu di sini hari ini.
Baca lagi »
Posted by Unknown Tiada ulasan:

12 Mei 2013

Senarai Exco Kerajaan Terengganu 2013

Senarai Exco Kerajaan Terengganu telah pun diumumkan. Menteri Besar negeri Terengganu telah mengangkat sumpah untuk jawatan sebagai Menteri Besar negeri Terengganu untuk penggal yang kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah pada hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum kali ke-13 (PRU13) yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di Terengganu dan masih kekal memerintah negeri Terengganu dengan majoriti mudah.

Senarai Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu

1. YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Said (ADUN Kijal) Menteri Besar Terengganu
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, Petroleum Dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan

2. YBM Dato’ Hj. Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN KUALA BERANG)
- Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan

3. YB Dato’ Hj. Mohd. Jidin Shafee (ADUN PERMAISURI)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

4. YB Dato’ Hj, Razif Bin Abdul Rahman (ADUN SEBERANG TAKIR)
- Pengerusi Jawatankuasa Sains Dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Air

5. YB Hj. Rozi Bin Mamat (ADUN TELEMONG)
- Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia

6. YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (ADUN KUALA BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

7. YB Ir. Rosli Bin Othman (ADUN KEMASIK)
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan

8. YB Hj. Nawi Bin Mohamad (ADUN HULU BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan Perusahaan Perladangan & Komoditi

9. YB A. Latiff Bin Awang (ADUN PENGKALAN BERANGAN)
-Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat

10. YB Roslee Bin Daud (ADUN BUKIT BESI)
- Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi.

11. YB Ghazali Bin Taib Ajil (ADUN AJIL)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas.

Sumber : Teganu Kita


Posted by Unknown Tiada ulasan:

11 Mei 2013

Ahmad Said Angkat Sumpah MB Terengganu

Kuala Terengganu: Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua sebentar tadi, di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

Pada majlis itu,Sultan Mizan turut berkenan menyaksikan majlis angkat sumpah 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ECXO).    

   
10 ahli EXCO yang dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tg Putera Awang; Datuk Mohd Jidin Shafiee (Permaisuri); Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (Seberang Takir); Rozi Mamat (Telemong); Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut); Rosli Othman (Kemasek); Nawi Mohamad (Hulu Besut); A Latiff Awang (Pengkalan Berangan); Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Ajil).    
 
Berita Harian, 11 Mei 2013  

Posted by Unknown Tiada ulasan:

10 Mei 2013

Pasca PRU13 - Yang Rugi Melayu, Islam

Rakyat telah membuat keputusan. Setiap lima tahun sekali, rakyat memilih wakil mereka. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianggap paling sengit dan mendebarkan sudah pun selesai. Semua pihak harus menghormati keputusan itu. 

Apa yang jelas dalam pilihan raya kali ini ialah orang Melayu dan agam Islam kerugian besar. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini, perpecahan yang paling buruk di kalangan orang Melayu. Tidak ada parti Melayu yang untung, sebaliknya parti DAP mendapat kemenangan luar biasa. Parti itu memperoleh 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008.

Baca lagi »
Posted by Unknown Tiada ulasan:

8 Mei 2013

Pasca PRU-13: Ke mana Melayus selepas ini ...

RAMAI yang ternanti-nanti apa yang akan saya tulis mengenai sikap orang Cina hasil keputusan PRU-13, Ahad lepas. Oleh kerana semua orang sudah tahu warna kulit sebenar orang Cina Malaysia, maka saya enggan mengulas mengenai mereka. Saya telah membuat ramalan sejak beberapa tahun lalu mengenai sikap mereka. Orang Cina Malaysia: Apa lagi yang anda mahu (28 April 2010), kini telah bertukar menjadi: Anda mahu kesemuanya?

Saya mengakui orang Cina cukup bijak. Mereka adalah bangsa yang cerdik dan pintar. Perlu diingat, darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah ketamadunan 5,000 tahun bangsa itu. Hakikatnya mereka merasakan mereka boleh hidup tanpa orang Melayu di bumi Malaysia ini. Kehidupan mereka adalah wang, sekolah Cina, bahasa Cina dan budaya Cina. Itu sudah cukup bagi orang Cina Malaysia. Yang lain-lain tidak penting. Saya tidak mahu bercakap mengenai orang Cina Singapura, kerana pemikiran Cina di Singapura tidak setaraf orang Cina Malaysia.

Baca lagi »
Posted by Unknown Tiada ulasan:

2 Mei 2013

PRU13

Kampong Batu Tumboh juga dilanda oleh demam PRU13. Pekerja-pekerja parti telah memasang poster-poster parti di beberapa kawasan yang strategik.  Ianya sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap calon yang bertanding. Kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap petugas patut dipuji. Mereka telah menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
 
 

 
 
 
 
 

Posted by Unknown Tiada ulasan:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Pautan

  • Majlis Daerah Besut
  • Pejabat Daerah Besut
  • Sinar Harian
  • SMA Maarif, Besut
  • SPR
  • UMNO Besut
  • Utusan Malaysia

Jumlah Pelawat

Arkib Blog

  • ►  2015 (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2014 (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ▼  2013 (18)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (1)
    • ▼  Mei (6)
      • Kabinet 2013
      • Senarai Exco Kerajaan Terengganu 2013
      • Ahmad Said Angkat Sumpah MB Terengganu
      • Pasca PRU13 - Yang Rugi Melayu, Islam
      • Pasca PRU-13: Ke mana Melayus selepas ini ...
      • PRU13
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
Hakcipta Kampong Batu Tumboh, Besut, Terengganu. Tema Tetingkap Gambar. Imej tema oleh 5ugarless. Dikuasakan oleh Blogger.