27 November 2012

Majlis Perasmian Pondok Kawalan KRT

Majlis ini telah diadakan pada hari Jumaat 23 November 2012 bermula jam 9.30 malam. Yang Berhormat DUN Kota Putera, Tuan Haji Mohamad Pehimi bin Haji Yusof telah hadir memberi ucapan dan melakukan perasmian.


Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluannya, Encik Mohamad bin Mohd Nor, Pengerusi JKKK, menyeru kepada semua ahli yang terlibat supaya dapat berkorban sedikit masa untuk keluar menjalankan tugas sebagaimana yang telah dijadualkan.

24 Oktober 2012

Mesyuarat JKKK Tahun 2012

Mesyuarat JKKK Kampung Batu Tumboh Kali ke-10 Tahun 2012

Tarikh

:

17 Oktober 2012 (Rabu)
Masa
:
9.30 Malam
Tempat
:
Balai Terbuka, Rumah Pengerusi JKKK
Agenda
:
1.       Ucapan Pengerusi
2.       Ucapan Penghulu Mukim
3.       Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4.       Perkara-Perkara Berbangkit
5.       Laporan Kewangan
6.       Laporan Keselamatan
7.       Laporan Keagamaan
8.       Laporan Pendidikan
9.       Hal-Hal Lain
10.    Penangguhan Mesyuarat

Catatan
:


9 September 2012

Sambutan Merdekaraya Tahun 2012

JKKK Kampung Batu Tumboh turut mengambil bahagian dalam Sambutan Merdekaraya tahun ini. Perayaan tahun ini telah diadakan pada hari Sabtu, 8 September 2012. Peserta-peserta telah berkumpul di perkarangan rumah pengerusi seawal jam 7.00 pagi. Semua peserta bergerak ke Pekan Kuala Besut dengan menaiki enam buah kereta. Semua peserta perbarisan daripada semua JKKK dalam Daerah Besut berkumpul di tapak pasar minggu Pekan Kuala Besut. Tepat jam 8.30 pagi, kumpulan pertama mula bergerak menuju ke Pantai Peranginan Air Tawar. Perarakan dimulakan dengan kumpulan JKKK dari DUN  Kuala Besut. Ini diikuti oleh DUN Kota Putra, DUN Jerteh, DUN Hulu Besut dan DUN Jabi.

8 Julai 2012

Majlis Gotong Royong

7 Julai 2012, Sabtu - Satu majlis gotong royong telah diadakan pada hari ini di Desa Harmoni. Gotong royong ini dianjurkan oleh JKKK dengan kerjasama Majlis Daerah Besut. Gotong royong yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah diketuai oleh Encik Mohamad bin Mohd Noor, Pengerusi JKKK dan dibantu oleh penduduk Desa Harmoni. Majlis Daerah Besut menyediakan sebuah jentolak, sebuah lori dan sebuah kenderaan yang mempunyai "sky-lift" dengan 5 orang pekerja. Gotong royong ini diadakan khusus untuk memangkas dan memotong pokok-pokok dan dahan-dahan pokok.

11 Jun 2012

Jawatankuasa




  Jawatan
  Nama
  No. KP
  Pekerjaan
  Asal
: PENGERUSI
: Encik Muhammad bin Mohd Noor
: 530206-11-5005
: Pesara Tentera
: Kampung Gong Jaga, Alor Lintah, Jertih, Besut.
:
Jawatan
Nama
No. KP
Pekerjaan
Asal

: TIMBALAN PENGERUSI
: Tuan Haji Wan Zaharuddin bin Wan Nawi
: 660923-11-5003
: Pegawai Farmasi (Hospital Daerah Besut, Jertih)
: Kampung Kubang Bemban, Jertih, Besut.

9 Jun 2012

Sukan Rakyat

Sukaneka Tahun 2012 telah diadakan pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di padang bola, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Sukaneka pada tahun ini dimulai dengan acara senamrobik. Seramai lebih 100 orang telah menyertai acara ini. Mereka termasuk kanak-kanak, pelajar sekolah, belia, beliawanis, kaum ibu, kaum bapa dan warga emas. Acara ini menjadi lebih menarik dan bermakna, apabila YB Tuan Haji Mohamad Pehimi bin Haji Yusof dan isteri turut hadir.