8 Julai 2012
Majlis Gotong Royong
7 Julai 2012, Sabtu - Satu majlis gotong royong telah diadakan pada hari ini di Desa Harmoni. Gotong royong ini dianjurkan oleh JKKK dengan kerjasama Majlis Daerah Besut. Gotong royong yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah diketuai oleh Encik Mohamad bin Mohd Noor, Pengerusi JKKK dan dibantu oleh penduduk Desa Harmoni. Majlis Daerah Besut menyediakan sebuah jentolak, sebuah lori dan sebuah kenderaan yang mempunyai "sky-lift" dengan 5 orang pekerja. Gotong royong ini diadakan khusus untuk memangkas dan memotong pokok-pokok dan dahan-dahan pokok.
Langgan:
Catatan (Atom)