Majlis ini telah diadakan pada hari Jumaat 23 November 2012 bermula jam 9.30 malam. Yang Berhormat DUN Kota Putera, Tuan Haji Mohamad Pehimi bin Haji Yusof telah hadir memberi ucapan dan melakukan perasmian.
Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluannya, Encik Mohamad bin Mohd Nor, Pengerusi JKKK, menyeru kepada semua ahli yang terlibat supaya dapat berkorban sedikit masa untuk keluar menjalankan tugas sebagaimana yang telah dijadualkan.