16 Mac 2013

Kejohanan Bowling 2013

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Batu Tumboh  telah menganjurkan Kejohanan Bowling KRT Batu Tumboh Tahun 2013 pada 15 Mac 2013 bertempat di Gelanggang Bowling KB Mall, Kota Baharu, Kelantan. Seramai 32 orang ahli  telah mengambil bahagian, diketuai oleh Encik Muhammad bin Mohd Noor, Pengerusi KRT Kg. Batu Tumboh. Semua peserta telah menaiki bas yang disewa khas untuk perjalanan pergi dan balik. Semua peserta telah dibekalkan sehelai t-shirt yang menarik. Kejohanan ini telah mengiratkan lagi tali persaudaraan antara ahli-ahli KRT Kg Batu Tumboh.


1 Mac 2013

Program Mengimarahkan Masjid Tahun 2013

Satu program yang dinamakan Program Mengimarahkan Masjid Tahun 2013 telah diadakan pada 28 Februari 2013 ( Khamis ). Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kampong Batu Tumboh dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ini telah diadakan di Masjid Kampong Batu Tumboh.

Tentatif Program Mengimarahkan Masjid 2013

7.15 Malam - Ketibaan para jemaah dan penceramah undangan

7.25 Malam - Solat Maghrib berjemaah

7.45 Malam - Kuliah Maghrib bertajuk Kelebihan Mengimarahkan Masjid.
                        
                        oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh, 
                        Penolong Pengarah Operasi J-Qaf, 
                        Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

9.00 Malam - Solat Isyak berjemaah

9.30 Malam - Jamuan Ringan.

4.00 Pagi    - Ketibaan para jemaah untuk program qiamullail.

4.30 Pagi    - Solat Sunat Tasbih berjemaah

6.10 Pagi    - Solat Subuh berjemaah

6.30 Pagi    - Kuliah Subuh ( Kuliah Mingguan )
                       oleh Tuan Haji Daud bin Ismail, Imam Masjid Kg Gong Bayor.

7.20 Pagi    - Sarapan pagi dan bersurai.