30 Julai 2013

Walk4BN

mat nor
Menteri Besar Terengganu,  Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun, yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Kini  ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.

Mohd Noor yang juga seorang kakitangan  kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia. Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak diganggu-gugat oleh pihak pembangkang. Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki)  bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.

“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Terengganu Today.Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya. Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu. Terengganu Today akan menjadi portal rasmi  untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.

22 Julai 2013

Modul Baharu JKKK

KUBANG PASU 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melaksanakan model baharu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memperkasakan kepimpinan akar umbi itu di seluruh negara mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, model baharu itu antara lain menetapkan syarat had umur maksimum yang munasabah bagi individu berkhidmat iaitu tidak lebih daripada 65 tahun.

"Had umur yang ditetapkan adalah munasabah, lebih tinggi daripada had umur pesara awam. "Kalau dah sampai 70 tahun dan tinggal dua batang gigi sukar pula nak buat kerja, umur 60 tahun pula masih bertenaga jadi umur 65 tahun ini sesuai," katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa Perdana Menteri Bersama JKKK Kedah di Dewan Wawasan di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum serta kenamaan lain.

Menurut Najib, antara ciri-ciri lain yang terkandung dalam model baharu tersebut adalah sesi latihan bagi menambah ilmu serta keberkesanan kepimpinan peringkat JKKK.

"Elaun mesyuarat untuk JKKK juga akan kita kaji semula dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan," katanya.

Menurut Perdana Menteri, tempoh jangka hayat perkhidmatan JKKK yang sepatutnya tamat pada Jun lalu akan dipanjangkan sehingga akhir tahun.

Dalam pada itu, katanya, semua JKKK di Kedah perlu membantu kepimpinan Mukhriz agar segala perancangan pembangunan untuk negeri ini berada di landasan yang betul.

"Saya berharap setiap JKKK yang dilantik akan memainkan peranan sepertimana yang digariskan. Fungsi JKKK ialah untuk menjadi tiang utama yang dapat tegakkan kerajaan negeri untuk membela rakyat," katanya.

Sementara itu, kata Najib, kerajaan Pusat akan memberi komitmen sebanyak 110 peratus kepada kerajaan negeri Kedah dalam usaha memajukan negeri itu setanding negeri-negeri jiran yang lain.

"Saya umumkan sebagai Perdana Menteri adalah menjadi tanggungjawab saya kalau rakyat dah bagi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), saya akan bagi 110 peratus komitmen.
"Kalau tidak mampu saya gagahi diri juga supaya rakyat Kedah dapat melihat bahawa sokongan mereka terhadap BN adalah tepat," jelasnya.



12 Julai 2013

Pendedahan Jusuf Kalla Mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim

Wawancara eksklusif mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Ketua Editor Merdeka-Online di Jakarta pada 01 Jun 2013 lepas

 Salam 2 all.

Teman begitu tertarik dengan wawancara eksklusif antara mantan Wakil Presiden (Wapres) atau Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) dengan Ketua Editor Merdeka-Online (MO) saperti yang disiarkan di laman web www.merdeka-online.com pada 01 Jun 2013.

Selain mendedahkan sikap Anwar yang mengkhianati perjanjian yang ditandatangani dengan Jusuf Kalla untuk menerima keputusan PRU-13 secara baik, ada beberapa perkara yang didedahkan oleh Jusuf Kalla yang perlu diberi perhatian serius.

3 Julai 2013

Kuala Besut Penentu Kerajaan Terengganu?


Kematian beliau menyebabkan terdapat kemungkinan buat pertama kali dalam sejarah negara, BN dan pembangkang mempunyai jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sama di sebuah negeri. Keadaan itu boleh berlaku di Terengganu jika PRK DUN Kuala Besut dimenangi pembangkang sekali gus menjadikan BN dan pembangkang masing-masing memiliki 16 ADUN.