Sempena bulan Rabiul Awal, para jemaah mengalunkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW setelah selesai solat fardhu jumaat. Aktiviti yang digalakkan ini dilakukan setiap lepas solat fardhu jumaat sepanjang bulan kelahiran Penghulu segala nabi ini.
KRT Kampung Batu Tumboh telah mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul 1435H. Seramai 22 orang ahli telah menyertai perarakan yang diadakan di Pekan Kampong Raja. Semua kontigen yang mengambil bahagian berkumpul di perkarangan Masjid Nasiruddin Shah, Kampong Raja.