Pada 3 Mac 2013, parlimen telah dibubarkan. Pada hari Rabu, 10 April 2013, SPR telah mengumumkan bahawa PRU13 akan berlangsung pada hari Ahad 5 Mei 2013. Manakala hari penamaan calon telah ditetapkan pada hari Sabtu, 20 April 2013. Tanda tanya terjawab. Sama ada BN akan kekal berkuasa atau tidak, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Semua parti yang mahu bertanding, besar atau kecil, lama atau baharu, yakin akan menang. Perasan, sedangkan kajian tidak dilakukan.
Lebih kelakar
lagi, ada calon yang mengaku dia adalah winnable candidate. Mufti
sedang berkhidmat pun mahu bertanding. Malangnya dia pilih PKR, bukan PAS.
Selaku orang agama, sepatut dia pilih PAS. Barulah nampak ciri-ciri
kemuftiannya. Bila orang agama tidak memilih PAS, ada dua tanda tanya, orang
agama itu sendiri bermasalah atau mungkin PAS yang bermasalah, sehingga orang
agama menjauhi.
Apapun dalam
soal pemilihan, biarlah rakyat yang menentukan. Dalam demokrasi, rakyat adalah
raja dalam membuat keputusan. Cuma, keadaan PRU 13 agak getir. Bukan mudah
untuk mendapat majoriti dua pertiga. PRU 12 jelas membuktikan. Kemajuan sains
dan teknologi telah merubah lanskap dan budaya politik negara. Media siber dan
laman sosial mempengaruhi paten pengundian.
Siapa yang
kita patut undi? Pada saya, parti agak kurang relevan. Calon parti itu yang
penting. Sama ada calon tunggul atau tidak. Saya amat yakin PRU 13, faktor
peribadi calon akan menentukan kemenangan sesebuah parti, bukan faktor parti
atau faktor usia. Apa guna calon muda jika jahil. Ini bukan bermakna kita perlu
letakkan calon tua (uzur) atau hampir mati. Persoalan pokok, boleh buat kerja
atau tidak? Merakyat atau tidak? Memartabatkan agenda agama (bangsa) atau tidak?
Peribadi dan
latar belakang calon amat penting. Tidak berlagak dan sombong. Mengutamakan
rakyat lebih daripada yang lain. Rakyat yang kaya, bukan dia. Wakil rakyat
boleh kaya, tetapi jangan lebih kaya daripada rakyat. Logiknya, jika dia lebih
kaya, dari mana kekayaan itu datang.
Peribadi
mereka mesti nampak baik. Tidak rasuah atau menggadaikan harta negara/negeri
untuk kepentingan diri, walaupun namanya harta (ladang) rakyat. Saya
berkesempatan ke Lojing menuju ke Gua Musang bulan lalu. Melihat ladang rakyat,
hati menjadi sayu. Inikah yang dinamakan projek rakyat? Yang kaya hanyalah
ultra kiasu.
Saya masih
boleh memejam mata jika orang jahil Islam jadi rakus dan jahat. Namun, bila
orang agama melakukannya, saya langsung tidak dapat terima, walaupun kita ini
manusia biasa. Orang agama sepatutnya menjadi contoh, bukan sebaliknya. Sebab
syurga dan neraka adalah mainan bibir mereka.
Sudah tentu
mereka perlu lebih takutkan Allah daripada orang lain. Ini bukan bermakna, UMNO
boleh dibiarkan bermaharajalela melakukan yang apa sahaja. Maaf, saya tidak
kata semua. PKR usahlah diharap, mereka adalah serpihan UMNO. Jika dibiarkan
mereka lebih rakus daripada UMNO.
Kedua, wakil
rakyat yang cenderung kepada Islam (Melayu) dan menghormati perlembagaan,
walaupun dia bukan Islam. Dalam bab ini, sudah tentu bukan wakil rakyat ultra
kiasu, kerana mereka jelas menentang Islam sejak dari awal. Saya tidak boleh
bayangkan jika PR memerintah. Ultra kiasu mahukan hiburan sekular, PAS
menentang. Siapa yang akan mengalah. Jawapannya, sudah tentu PAS.
Sekadar
memberi peringatan kepada PAS, merujuk kepada komen Haji Ariffin dalam blog
saya 9:04 am, 31 Mac 2013, yang bimbang akan kedudukan PAS. PAS harap dia akan
dapat undi daripada ahli DAP. Saya pasti dan yakin, 99% orang DAP akan undi PAS
bila PAS berlawan dengan UMNO. TETAPI saya tidak yakin 99% orang DAP akan undi
PAS bila PAS berlawan dengan MCA atau Gerakan, jika 5% orang DAP undi PAS itu
dikira sudah cukup rahmat kepada PAS. Adakah PAs sedar dan kenal HATI PERUT
puak ultra kiasu. Nak bagi PAS faham … selagi ada kedai runcit bangsa mereka di
sesuatu kawasan itu, mereka tidak sama sekali akan masuk ke kedai runcit Melayu
walau pun untuk membeli sekilo gula pasir yang harganya sama di mana-mana juga.
Orang PAS faham contoh yang saya berikan FAAAHAAAAMMMMMM ???? Jangan jadi
"AYAM dan LEMBU".
Apapun yang
berlaku, janganlah jadi seperti di Singapura. Saya terbaca pandangan seorang
ahli parlimen Melayu di Singapura ketika berkunjung ke negara itu baru-baru
ini. Beliau mengajak orang Melayu sesuaikan dirikan hidup dalam negara sekular,
sebab pemerintahannya sekular.
Ya, saya
boleh terima cadangan itu. Tetapi tidakkah sepatutnya kita mencadangkan
bagaimana Melayu tidak hanyut dalam negara sekular dan berusaha untuk
mengekalkan ciri-ciri keIslaman Melayunya dalam persekitaran sekular. Sekular
itu pilihan, bukan ditentukan. Inilah akibatnya apabila Melayu telah
diultrakiasukan. Justeru, berhati-hatilah dengan calon ultra kiasu dalam PRU 13
ini.
Faktor kepentingan
calon yang ketiga adalah, wakil rakyat tersebut mesti dapat dilihat melakukan
kebaikan. Nampak bersolat, walaupun tidak selalu ke masjid. Bukan apa, ada
ramai saya lihat wakil rakyat tidak solat. Jika dia sudah tidak takut Allah,
bagaimana ia boleh takut kepada manusia.
Ingatlah
wahai umatku, kenapa Melayu masih lagi dihormati hari ini? Sebab Melayu masih
ada kuasa. Ditakdirkan Melayu tidak lagi memegang kuasa, adakah Melayu akan
dihormati? Apakah benar jika PR memerintah, Melayu akan menjadi Perdana Menteri
seperti yang didakwa ultra kiasu? Jika benar Melayu akan menjadi Perdana
Menteri, apakah jaminan Perdana Menteri Melayu itu akan benar-benar
mempertahankan hak-hak Islam dan Melayu seperti yang termaktub dalam
perlembagaan. Pergilah ke Pulau Pinang untuk melihat keadaan ini. Nasi sudah
menjadi bubur di Singapura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan