8 Jun 2013

Majlis Kesyukuran Tahun 2013

UMNO Cawangan Kampong Batu Tumboh telah mengadakan satu kenduri kesyukuran pada hari Jumaat, 7 Jun 2013 bermula jam 8.30 malam. Semua penduduk kampong ini telah dijemput untuk menghadiri majlis yang diadakan di perkarangan rumah Encik Mohamad bin Mat Nor, Pengerusi JKKK. Tetamu yang hadir dijamu dengan nasi putih dan gulai kawah. Antara tetamu istemewa yang hadir ialah YB Tuan Haji Mohamad Pehemi bin Yusof, ADUN Jerteh. YB Encik Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera tidak dapat hadir kerana menghadiri satu majlis di Kemaman.
 Majlis ini telah dihadiri oleh pelbagai peringkat dari orang dewasa, lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Sambil makan, mereka kelihatan berbual mesra diantara satu sama lain. Keadaan ini memperlihatkan wujudnya kemesraan dan persaudaraan diantara penduduk kampong ini. Mereka melupakan perbezaan fahaman politik. Silaturrahim menjadi keutamaan.


Pengerusi dan semua AJK telah menyambut tetamu yang hadir. Konsep layan diri diamalkan untuk memberi kebebasan kepada para tetamu untuk menikmati makanan yang disediakan.
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: