9 Januari 2013

Jamuan Akhir Tahun 2012

Satu jamuan akhir tahun 2012 telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Disember 2012. Jamuan yang bermula pada jam 9.30 malam ini telah diadakan di Restoran Shams, Padang Luas, Jerteh. Semua Ahli Jawatankuasa  JKKK Kampung Batu Tumboh kecuali Encik Zilfitli bin Mat Yatim dan Encik Che Man bin Salleh telah menghadirinya. Turut serta diundang ialah Tuan Haji Wan Hamat bin Yusof (Imam Masjid) dan Encik Mohd bin Jusoh (Bilal Masjid).


Jamuan ini diadakan sebagai menghargai sumbangan AJK yang telah memberi kerjasama dan sumbangan untuk memajukan kampung ini disepanjang tahun 2012.

Tiada ulasan: