19 Ogos 2013
30 Julai 2013
Walk4BN
Menteri Besar Terengganu Gembira
Untuk Merealisasikan Impian
Mohd Noor
Posted by SABA on July 28, 20130 Comment
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun, yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Kini ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.
Mohd Noor yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia. Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak diganggu-gugat oleh pihak pembangkang. Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki) bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.
“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Terengganu Today.Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya. Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu. Terengganu Today akan menjadi portal rasmi untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.
22 Julai 2013
Modul Baharu JKKK
KUBANG PASU 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melaksanakan model baharu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memperkasakan kepimpinan akar umbi itu di seluruh negara mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, model baharu itu antara lain menetapkan syarat had umur maksimum yang munasabah bagi individu berkhidmat iaitu tidak lebih daripada 65 tahun.
"Had umur yang ditetapkan adalah munasabah, lebih tinggi daripada had umur pesara awam. "Kalau dah sampai 70 tahun dan tinggal dua batang gigi sukar pula nak buat kerja, umur 60 tahun pula masih bertenaga jadi umur 65 tahun ini sesuai," katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa Perdana Menteri Bersama JKKK Kedah di Dewan Wawasan di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum serta kenamaan lain.
Menurut Najib, antara ciri-ciri lain yang terkandung dalam model baharu tersebut adalah sesi latihan bagi menambah ilmu serta keberkesanan kepimpinan peringkat JKKK.
"Elaun mesyuarat untuk JKKK juga akan kita kaji semula dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan," katanya.
Menurut Perdana Menteri, tempoh jangka hayat perkhidmatan JKKK yang sepatutnya tamat pada Jun lalu akan dipanjangkan sehingga akhir tahun.
Dalam pada itu, katanya, semua JKKK di Kedah perlu membantu kepimpinan Mukhriz agar segala perancangan pembangunan untuk negeri ini berada di landasan yang betul.
"Saya berharap setiap JKKK yang dilantik akan memainkan peranan sepertimana yang digariskan. Fungsi JKKK ialah untuk menjadi tiang utama yang dapat tegakkan kerajaan negeri untuk membela rakyat," katanya.
Sementara itu, kata Najib, kerajaan Pusat akan memberi komitmen sebanyak 110 peratus kepada kerajaan negeri Kedah dalam usaha memajukan negeri itu setanding negeri-negeri jiran yang lain.
"Saya umumkan sebagai Perdana Menteri adalah menjadi tanggungjawab saya kalau rakyat dah bagi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), saya akan bagi 110 peratus komitmen.
"Kalau tidak mampu saya gagahi diri juga supaya rakyat Kedah dapat melihat bahawa sokongan mereka terhadap BN adalah tepat," jelasnya.
12 Julai 2013
Pendedahan Jusuf Kalla Mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim
Wawancara eksklusif mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Ketua Editor Merdeka-Online di Jakarta pada 01 Jun 2013 lepas
Salam 2 all.
Teman begitu tertarik dengan wawancara eksklusif antara mantan Wakil Presiden (Wapres) atau Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) dengan Ketua Editor Merdeka-Online (MO) saperti yang disiarkan di laman web www.merdeka-online.com pada 01 Jun 2013.
Selain mendedahkan sikap Anwar yang mengkhianati perjanjian yang ditandatangani dengan Jusuf Kalla untuk menerima keputusan PRU-13 secara baik, ada beberapa perkara yang didedahkan oleh Jusuf Kalla yang perlu diberi perhatian serius.
3 Julai 2013
Kuala Besut Penentu Kerajaan Terengganu?
PILIHAN RAYA kecil (PRK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu akan diadakan dalam tempoh 60 hari atau selewat-lewatnya 27 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Dr. A. Rahman Mokhtar, Rabu minggu lalu. A. Rahman, 55, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia selepas seminggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kanser paru-paru.
Kematian beliau menyebabkan terdapat kemungkinan buat pertama kali dalam sejarah negara, BN dan pembangkang mempunyai jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sama di sebuah negeri. Keadaan itu boleh berlaku di Terengganu jika PRK DUN Kuala Besut dimenangi pembangkang sekali gus menjadikan BN dan pembangkang masing-masing memiliki 16 ADUN.
8 Jun 2013
Majlis Kesyukuran Tahun 2013
UMNO Cawangan Kampong Batu Tumboh telah mengadakan satu kenduri kesyukuran pada hari Jumaat, 7 Jun 2013 bermula jam 8.30 malam. Semua penduduk kampong ini telah dijemput untuk menghadiri majlis yang diadakan di perkarangan rumah Encik Mohamad bin Mat Nor, Pengerusi JKKK. Tetamu yang hadir dijamu dengan nasi putih dan gulai kawah. Antara tetamu istemewa yang hadir ialah YB Tuan Haji Mohamad Pehemi bin Yusof, ADUN Jerteh. YB Encik Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera tidak dapat hadir kerana menghadiri satu majlis di Kemaman.
16 Mei 2013
Kabinet 2013
Kabinet gabungan
PUTRAJAYA 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini sebagai Kabinet berimbang menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda. Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu tersebut mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.
"Selain memberi tumpuan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing, isu-isu seperti integriti dan rasuah akan diberi tumpuan oleh Kabinet yang baharu," katanya dalam sidang akhbar khas pengumuman Kabinet baharu di sini hari ini.
Oleh NORAINI RAZAK, NORLIZA ABDUL RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini sebagai Kabinet berimbang menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda. Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu tersebut mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.
"Selain memberi tumpuan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing, isu-isu seperti integriti dan rasuah akan diberi tumpuan oleh Kabinet yang baharu," katanya dalam sidang akhbar khas pengumuman Kabinet baharu di sini hari ini.
12 Mei 2013
Senarai Exco Kerajaan Terengganu 2013
Senarai Exco Kerajaan Terengganu telah pun diumumkan. Menteri Besar negeri Terengganu telah mengangkat sumpah untuk jawatan sebagai Menteri Besar negeri Terengganu untuk penggal yang kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah pada hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum kali ke-13 (PRU13) yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di Terengganu dan masih kekal memerintah negeri Terengganu dengan majoriti mudah.
Pada Pilihan Raya Umum kali ke-13 (PRU13) yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di Terengganu dan masih kekal memerintah negeri Terengganu dengan majoriti mudah.
Senarai Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu
1. YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Said (ADUN Kijal) Menteri Besar Terengganu
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, Petroleum Dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
2. YBM Dato’ Hj. Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN KUALA BERANG)
- Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan
3. YB Dato’ Hj. Mohd. Jidin Shafee (ADUN PERMAISURI)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan
4. YB Dato’ Hj, Razif Bin Abdul Rahman (ADUN SEBERANG TAKIR)
- Pengerusi Jawatankuasa Sains Dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Air
5. YB Hj. Rozi Bin Mamat (ADUN TELEMONG)
- Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia
6. YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (ADUN KUALA BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
7. YB Ir. Rosli Bin Othman (ADUN KEMASIK)
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan
8. YB Hj. Nawi Bin Mohamad (ADUN HULU BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan Perusahaan Perladangan & Komoditi
9. YB A. Latiff Bin Awang (ADUN PENGKALAN BERANGAN)
-Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat
10. YB Roslee Bin Daud (ADUN BUKIT BESI)
- Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi.
11. YB Ghazali Bin Taib Ajil (ADUN AJIL)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas.
Sumber : Teganu Kita
Sumber : Teganu Kita
11 Mei 2013
Ahmad Said Angkat Sumpah MB Terengganu
Kuala Terengganu: Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua sebentar tadi, di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.
Pada majlis itu,Sultan Mizan turut berkenan menyaksikan majlis angkat sumpah 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ECXO).
Pada majlis itu,Sultan Mizan turut berkenan menyaksikan majlis angkat sumpah 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ECXO).
10 ahli EXCO yang dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tg Putera Awang; Datuk Mohd Jidin Shafiee (Permaisuri); Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (Seberang Takir); Rozi Mamat (Telemong); Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut); Rosli Othman (Kemasek); Nawi Mohamad (Hulu Besut); A Latiff Awang (Pengkalan Berangan); Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Ajil).
Berita Harian, 11 Mei 2013
10 Mei 2013
Pasca PRU13 - Yang Rugi Melayu, Islam
Rakyat telah membuat keputusan. Setiap lima tahun sekali, rakyat memilih wakil mereka. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianggap paling sengit dan mendebarkan sudah pun selesai. Semua pihak harus menghormati keputusan itu.
Apa yang jelas dalam pilihan raya kali ini ialah orang Melayu dan agam Islam kerugian besar. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini, perpecahan yang paling buruk di kalangan orang Melayu. Tidak ada parti Melayu yang untung, sebaliknya parti DAP mendapat kemenangan luar biasa. Parti itu memperoleh 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008.
Apa yang jelas dalam pilihan raya kali ini ialah orang Melayu dan agam Islam kerugian besar. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini, perpecahan yang paling buruk di kalangan orang Melayu. Tidak ada parti Melayu yang untung, sebaliknya parti DAP mendapat kemenangan luar biasa. Parti itu memperoleh 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008.
8 Mei 2013
Pasca PRU-13: Ke mana Melayus selepas ini ...
RAMAI yang ternanti-nanti apa yang akan saya tulis mengenai sikap orang Cina hasil keputusan PRU-13, Ahad lepas. Oleh kerana semua orang sudah tahu warna kulit sebenar orang Cina Malaysia, maka saya enggan mengulas mengenai mereka. Saya telah membuat ramalan sejak beberapa tahun lalu mengenai sikap mereka. Orang Cina Malaysia: Apa lagi yang anda mahu (28 April 2010), kini telah bertukar menjadi: Anda mahu kesemuanya?
Saya mengakui orang Cina cukup bijak. Mereka adalah bangsa yang cerdik dan pintar. Perlu diingat, darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah ketamadunan 5,000 tahun bangsa itu. Hakikatnya mereka merasakan mereka boleh hidup tanpa orang Melayu di bumi Malaysia ini. Kehidupan mereka adalah wang, sekolah Cina, bahasa Cina dan budaya Cina. Itu sudah cukup bagi orang Cina Malaysia. Yang lain-lain tidak penting. Saya tidak mahu bercakap mengenai orang Cina Singapura, kerana pemikiran Cina di Singapura tidak setaraf orang Cina Malaysia.
Saya mengakui orang Cina cukup bijak. Mereka adalah bangsa yang cerdik dan pintar. Perlu diingat, darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah ketamadunan 5,000 tahun bangsa itu. Hakikatnya mereka merasakan mereka boleh hidup tanpa orang Melayu di bumi Malaysia ini. Kehidupan mereka adalah wang, sekolah Cina, bahasa Cina dan budaya Cina. Itu sudah cukup bagi orang Cina Malaysia. Yang lain-lain tidak penting. Saya tidak mahu bercakap mengenai orang Cina Singapura, kerana pemikiran Cina di Singapura tidak setaraf orang Cina Malaysia.
2 Mei 2013
PRU13
Kampong Batu Tumboh juga dilanda oleh demam PRU13. Pekerja-pekerja parti telah memasang poster-poster parti di beberapa kawasan yang strategik. Ianya sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap calon yang bertanding. Kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap petugas patut dipuji. Mereka telah menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
10 April 2013
Kenapa Melayu Masih dihormati?
Pada 3 Mac 2013, parlimen telah dibubarkan. Pada hari Rabu, 10 April 2013, SPR telah mengumumkan bahawa PRU13 akan berlangsung pada hari Ahad 5 Mei 2013. Manakala hari penamaan calon telah ditetapkan pada hari Sabtu, 20 April 2013. Tanda tanya terjawab. Sama ada BN akan kekal berkuasa atau tidak, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Semua parti yang mahu bertanding, besar atau kecil, lama atau baharu, yakin akan menang. Perasan, sedangkan kajian tidak dilakukan.
16 Mac 2013
Kejohanan Bowling 2013
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Batu Tumboh telah menganjurkan Kejohanan Bowling KRT Batu Tumboh Tahun 2013 pada 15 Mac 2013 bertempat di Gelanggang Bowling KB Mall, Kota Baharu, Kelantan. Seramai 32 orang ahli telah mengambil bahagian, diketuai oleh Encik Muhammad bin Mohd Noor, Pengerusi KRT Kg. Batu Tumboh. Semua peserta telah menaiki bas yang disewa khas untuk perjalanan pergi dan balik. Semua peserta telah dibekalkan sehelai t-shirt yang menarik. Kejohanan ini telah mengiratkan lagi tali persaudaraan antara ahli-ahli KRT Kg Batu Tumboh.
1 Mac 2013
Program Mengimarahkan Masjid Tahun 2013
Satu program yang dinamakan Program Mengimarahkan Masjid Tahun 2013 telah diadakan pada 28 Februari 2013 ( Khamis ). Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kampong Batu Tumboh dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ini telah diadakan di Masjid Kampong Batu Tumboh.
Tentatif Program Mengimarahkan Masjid 2013
7.15 Malam - Ketibaan para jemaah dan penceramah undangan
7.25 Malam - Solat Maghrib berjemaah
7.45 Malam - Kuliah Maghrib bertajuk Kelebihan Mengimarahkan Masjid.
oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh,
Penolong Pengarah Operasi J-Qaf,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
9.00 Malam - Solat Isyak berjemaah
9.30 Malam - Jamuan Ringan.
4.00 Pagi - Ketibaan para jemaah untuk program qiamullail.
4.30 Pagi - Solat Sunat Tasbih berjemaah
6.10 Pagi - Solat Subuh berjemaah
6.30 Pagi - Kuliah Subuh ( Kuliah Mingguan )
oleh Tuan Haji Daud bin Ismail, Imam Masjid Kg Gong Bayor.
7.20 Pagi - Sarapan pagi dan bersurai.
Tentatif Program Mengimarahkan Masjid 2013
7.15 Malam - Ketibaan para jemaah dan penceramah undangan
7.25 Malam - Solat Maghrib berjemaah
7.45 Malam - Kuliah Maghrib bertajuk Kelebihan Mengimarahkan Masjid.
oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh,
Penolong Pengarah Operasi J-Qaf,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
9.00 Malam - Solat Isyak berjemaah
9.30 Malam - Jamuan Ringan.
4.00 Pagi - Ketibaan para jemaah untuk program qiamullail.
4.30 Pagi - Solat Sunat Tasbih berjemaah
6.10 Pagi - Solat Subuh berjemaah
6.30 Pagi - Kuliah Subuh ( Kuliah Mingguan )
oleh Tuan Haji Daud bin Ismail, Imam Masjid Kg Gong Bayor.
7.20 Pagi - Sarapan pagi dan bersurai.
28 Februari 2013
Majlis Gotong Royong Membersih Masjid
Satu majlis gotong royong untuk membersih masjid Kampung Batu Tumboh telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Februari 2013. Majlis yang dianjurkan bersama oleh JKKK dan AJK Masjid ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Lebih daripada 20 orang AJK JKKK dan Masjid bersama dengan penduduk sekitar telah mengambil bahagian termasuk 6 orang remaja. Kesemua yang hadir adalah lelaki.
Program ini memberi tumpuan untuk membersih di bahagian dalam masjid dan bahagian luar masjid. Bahagian dalam melibatkan kerja-kerja memberi permaidani, kipas, tingkap dan mimbar. Sementara kerja-kerja di bahagian luar melibatkan membersih tandas, longkang, membersih rumput di kiri dan kanan masjid dan memangkas pokok hiasan.
13 Februari 2013
Beri undi kepada Pas haram?
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.
Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.
9 Januari 2013
Jamuan Akhir Tahun 2012
Satu jamuan akhir tahun 2012 telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Disember 2012. Jamuan yang bermula pada jam 9.30 malam ini telah diadakan di Restoran Shams, Padang Luas, Jerteh. Semua Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Batu Tumboh kecuali Encik Zilfitli bin Mat Yatim dan Encik Che Man bin Salleh telah menghadirinya. Turut serta diundang ialah Tuan Haji Wan Hamat bin Yusof (Imam Masjid) dan Encik Mohd bin Jusoh (Bilal Masjid).
Jamuan ini diadakan sebagai menghargai sumbangan AJK yang telah memberi kerjasama dan sumbangan untuk memajukan kampung ini disepanjang tahun 2012.
Satu jamuan akhir tahun 2012 telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Disember 2012. Jamuan yang bermula pada jam 9.30 malam ini telah diadakan di Restoran Shams, Padang Luas, Jerteh. Semua Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Batu Tumboh kecuali Encik Zilfitli bin Mat Yatim dan Encik Che Man bin Salleh telah menghadirinya. Turut serta diundang ialah Tuan Haji Wan Hamat bin Yusof (Imam Masjid) dan Encik Mohd bin Jusoh (Bilal Masjid).
Jamuan ini diadakan sebagai menghargai sumbangan AJK yang telah memberi kerjasama dan sumbangan untuk memajukan kampung ini disepanjang tahun 2012.
Langgan:
Catatan (Atom)