22 Mac 2014

Kempen Kampungku Bersih

JKKK Kampung Batu Tumboh, Besut, Terengganu akan mengadakan Kempen Kampung Ku Bersih 2014. Kempen akan berlangsung selama dua bulan (1 Mac hingga 30 April 2014). Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh YB Mohd Mahdi bin Musa, ADUN Kota Putera pada hari Sabtu, 22 Mac 2014 di perkarangan Masjid Kampung Batu Tumboh.


Sempena majlis pelancaran, pihak pengelola telah menjemput kakitangan Pusat Kesihatan Seri Medang, Besut untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pasukan ini diketuai oleh Dr Nur Marlina bt Anuar. Beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah pendek yang menumpukan kepada Demam Denggi.


Tiada ulasan: